
Bebaskan Jiwa dengan Pengisian daripada Ulama Hebat Nusantara
Dapatkan Tafsir Al-Azhar Karangan Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA) pada Harga Tawaran, 1 Rumah 1 Tafsir
Bahagiakah kita dipenjara di rumah hanya kerana 1 penyakit yang tiada penawarnya lagi? Dalam masa yang sama kita tak tahu nak berbuat apa bukan?
Apakata Anda isi masa terluang dengan membaca. Sekurang-kurangnya penjara yang kita berlindung ini terisi dengan cahaya ilmu yang boleh membawa kita untuk berubah dan mengamalkan apa yang dipelajari.
Bukan sahaja Anda dapat menambahkan pengetahuan dan ilmu, bahkan Anda dapat memahami apa yang Anda baca selama ini melalui al-Quran.
Bukan mudah ya untuk memahami inti pati ayat di dalam al-Quran, sekiranya kita tidak bijak mentafsir. Dengan tafsir yang sudah dituliskan oleh Buya Hamka ini, sekurang-kurangnya membantu kita dalam memahami setiap apa yang disuruh dan dilarang oleh Allah S.W.T.
Dipenjarakah kita dengan kekurangan ilmu yang kita rasa sukar untuk dicari dan dibaca? Sudah cukupkah ilmu kita tentang al-Quran tanpa merujuk bahan bacaan yang lain?
Ilmu yang kita ada ini belum mencukupi bagi membantu kita memahami apa yang terkandung di dalam al-Quran yang menjadikan panduan kita dalam kehidupan.
Terdapat pelbagai jenis bahan bacaan yang boleh dirujuk bagi memahami setiap permasalahan dan penyelesaiannya. Menuntut ilmu adalah perkara yang fardu dan wajib dalam agama.
Buya Hamka berpesan,
“Menambah ilmu penting, tetapi yang lebih penting membangun kekuatan fikiran itu menurut jalan yang betul. Kerana bukanlah dengan semata-mata banyak ilmu sahaja manusia berharga. Yang lebih penting adalah hasil kekuatan fizikal yang telah berilmu itu.”
APAKAH ADA BAHAN BACAAN YANG BOLEH MEMBANTU BAGI MEMAHAMI APA INTI PATI DALAM AL QURAN?
Bahan bacaan yang boleh dijadikan panduan tafsiran Al Quran adalah dari karya Buya Hamka dalam Tafsir Al-Azhar membongkar segala tafsiran daripada 30 juzuk dalam Al Quran yang dapat membantu kita memahami dan menyelami apa yang terkandung dalam Al Quran sebagai panduan kehidupan.
Tafsir Al-Azhar adalah tafsir yang dikarang oleh Buya Hamka dalam tempoh lima tahun bermula dari tahun 1963 sehingga 1967.
Bermula sebagai satu siri kuliah di masjid yang belum sempurna pembinaannya dan belum bernama, sehingga akhirnya beliau dipenjara. Berkat berada di penjara, beliau berjaya menamatkan penulisan tafsir pada tahun 1967.
Pada fasa awal penulisanya, Buya Hamka menyebutkan dalam tafsirnya:
"…Selalulah saya bertanya-tanya di dalam hati, bilakah tafsir ini akan selesai dikerjakan, pada hal tugas-tugas yang lain di dalam masyarakat terlalu besar pula. Saya kerap meninggalkan rumah. Saya kerap keluar kota dan memenuhi undangan kawan-kawan sefahaman di daerah-daerah yang jauh."
Namun, apabila beliau dipenjara, dan akhirnya berjaya menamatkan penulisan tafsir agung alam nusantara ini, beliau menyatakan:
"Allah rupanya mengkehendaki agar masa terpisah dari anak isteri dua tahun, dan terpisah dari masyarakat, dapat saya pergunakan menyelesaikan pekerjaan yang berat ini, mentafsirkan al-Quran al-Karim. Kerana kalau saya masih di luar, pekerjaan saya ini tidak akan selesai sampai saya mati. Masa terpencil dua tahun telah saya pergunakan sebaik-baiknya. Maka moga-moga dengan meninggalkan tafsir ini, ada yang akan diingat-ingatkan orang dari diriku sebagai suatu hasil khidmat untuk Tuhan dan umat yang dapat aku kerjakan di dalam saat-saat aku teraniaya."
Tafsir ini ditulis dan disampaikan dengan cara yang mudah difahami oleh masyarakat awam. Hamka menyatakan dalam tafsirnya:
"…Maka seketika menyusun tafsir ini, wajah-wajah mereka itulah yang terbayang sehingga penafsiran tidaklah terlalu tinggi mendalam sehingga yang dapat memahaminya adalah (hanya) semata-mata sesama ulama, dan tidaklah terlalu rendah sehingga menjemukan."
Begitulah hebatnya Buya Hamka dalam perjalanannya menghasilkan sebuah karya agung yang kekal menjadi rujukan sehingga ke hari ini.
Apatah lagi, Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dalam Seminar Buya Hamka pada tahun 2014 menyatakan kekaguman kepada Buya Hamka yang begitu hebat dalam penulisan, yang sudah tentu bersumber daripada pembacaan yang hebat. Sedang pada zaman itu, bukan ada internet seperti zaman kita sekarang. Tetap beliau mampu mendapatkan bahan dan sumber ilmu yang hebat sehingga memungkinkan lahirnya banyak karya hebat termasuklah Tafsir Al-Azhar.
APAKAH TAFSIR AL-AZHAR KARYA BUYA HAMKA INI MUDAH UNTUK DIFAHAMI ORANG AWAM?
Tafsir Al-Azhar dikarang oleh Buya Hamka, merupakan seorang ulama nusantara yang faham konteks masyarakat nusantara.
Tafsir Al-Azhar adalah tafsir istimewa yang meraikan citra Melayu. Lengkap dengan contoh tempatan nusantara, puisi, madah, sajak dan kata-kata indah bahasa Melayu.
Bahasa yang halus dan kandungan penafsiran yang merangkumi pelbagai disiplin ilmu.
Tafsiran yang diperakui para ulama dan rujukan ramai ilmuwan.
Tafsir yang diselesaikan oleh Buya Hamka ini sangat mudah difahami dengan tiadanya ayat bahasa yang terlalu tinggi sehingga sukar untuk difahami. Bukan sahaja mudah difahami, bahkan ayat yang menusuk ke hati, merasai keperitan yang dirasakan saat beliau dipenjarakan sambil menghabiskan masanya dengan mentafsir 30 juzuk Al Quran. Berbaloi bukan ambil iktibar daripada keperitan dengan menghargai hasil penulisannya.
Buya Hamka berkata:
"Dendam itu termasuk dosa. Selama dua tahun empat bulan saya ditahan, saya merasa semua itu merupakan anugerah yang tiada terhingga daripada Allah kepada saya, sehingga saya dapat menyelesaikan Kitab Tafsir al-Quran 30 Juz. Bila bukan dalam tahanan, tidak mungkin ada waktu saya untuk mengerjakan dan menyelesaikan pekerjaan itu."
KENAPA TAFSIR AL-AZHAR KARYA BUYA HAMKA INI SESUAI SEBAGAI BAHAN BACAAN DALAM MEMAHAMI AL QURAN?
Tafsir ini dipecahkan dan disusun mengikut juzuk yang memudahkan pembaca untuk menelaah berbanding berbentuk sebuah kitab yang besar dan tebal.
Tafsir ini juga diolahkan dalam format buku standard yang mudah dibawa ke mana-mana berbanding kulit keras dan tebal yang sukar dan berat untuk dipegang.
Tafsir ini merupakan pencapaian dan sumbangan terbesar Hamka dalam membangun pemikiran dan mengangkat tradisi ilmu yang melahirkan sejarah penting dalam penulisan tafsir di Nusantara. Apa pun tujuan terpenting dalam penulisan Tafsir Al-Azhar ini adalah untuk memperkasakan dan meperkukuhkan lagi hujah para muballigh dan menyokong gerakan dakwah pada masa kini.
ANDA BERMINAT UNTUK MEMILIKI TAFSIR AL-AZHAR INI?
TAFSIR AL-AZHAR (SET LENGKAP 30 JUZUK)
Saiz setiap juzuk: 6 inci x 9 inci
Purata ketebalan setiap juzuk: 1 inci
Anggaran ketebalan untuk satu set lengkap 30 juzuk: 30 inci
Tulisan asal HAMKA dalam Bahasa Melayu (Indonesia) dikekalkan. Tulisannya mudah difahami oleh penutur bahasa Melayu di seluruh nusantara.
BERITA BAIK! HANYA SEHINGGA 30 JUN 2020
Sekiranya Anda berminat untuk membeli Set lengkap 30 juzuk Tafsir Al-Azhar karya Buya Hamka ini kami berikan pada harga istimewa untuk Anda!
Harga Asal set ini adalah
RM750
Bersempena Ramadhan dan Syawal ini, kami berikan pada kadar istimewa iaitu set ini boleh diperoleh pada harga
RM650
dan ini termasuk Kos Penghantaran*, Ya! Kos Penghantaran kami akan tanggung. Mana mahu dapat di tempat lain.
*Ini hanya untuk penghantaran dalam Semenanjung Malaysia sahaja
Tawaran ini hanya sehingga tarikh 31 Ogos 2020 sahaja
Berbaloi ke tidak?
Sangat berbaloi dengan ilmu yang sangat berguna ini, Anda pasti rasa seronok hendak membaca!
Tapi,
Kalau Anda terlambat sahaja sehari daripada tarikh yang kami berikan itu, harga kembali kepada yang asal iaitu
RM750
dan kos penghantaran tanggung sendiri
APA TUNGGU LAGI! BERTINDAK SEKARANG!